CIPTA IMPAK

Pengenalan

Kami memberi fokus kepada pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawanan. Ini membantu individu yang belum mempunyai pekerjaan dan juga yang ingin menambah pendapatan mereka melalui kemahiran. Kemahiran jangka pendek ini lebih memfokuskan kepada kaedah penyampaian secara amali. Individu yang mengikuti kursus ini akan dapat menggunakan kemahiran mereka sepenuhnya sebagai sumber pendapatan mereka mahupun bekerja dengan majikan.

Visi Kami

Menjadi pusat latihan kemahiran yang membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing bertaraf antarabangsa.

Misi Kami

Melahirkan usahawan-usahawan yang  berkemahiran, berpendidikan dan berinovasi untuk sektor perindustrian negara sekaligus meningkatkan ekonomi individu dan negara.

 

OBJEKTIF

Menyediakan dan melaksanakan latihan kemahiran dan pendidikan yang relevan dan menepati keperluan semasa.

Membantu pelajar yang tercicir dalam akademik untuk melibatkan diri dalam bidang kemahiran.

Membantu individu yang belum bekerja untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang industri berasaskan kemahiran ataupun menjana pendapatan sendiri dengan kemahiran yang mereka miliki.

Landasan E-Commerce

Smart Fertigration

Pembuatan Produk Berasaskan Kayu Pallet

Pemasangan Penghawa Dingin

(Servis & Pembaikan)

Pemasangan Tetingkap Dinding, Pintu & Tingkap

Pembinaan Lantai, Dinding & Siling

Program Lain…

Pembuatan Kabinet Dapur

FAKTOR

WOW

Program Jelajah Bumi Kenyalang

Memberi kemahiran secara menyeluruh kepada masyarakat di semua bahagian, dengan harapan menyimbangkan pembangunan modal insan di seluruh negeri Sarawak khasnya.

Landasan E-Commerce

Membantu melahirkan usahawan yang lebih efisien, efektif  dan global dalam menggunakan media internet sebagai jalur transaksi.

Pembangunan Aplikasi Telefon

Membolehkan para pelatih membina aplikasi telefon pintar untuk mempromosikan perniagaan mereka (mengikut keperluan semasa) serta menjadikan ianya satu bidang perniagaan.

Testimoni Kami

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Cipta Impak Training Sdn Bhd kerana memperkenalkan kepada saya dan juga peserta yang lain dalam bidang pendingin hawa dan pendawaian elektrik dengan mudah tanpa memerlukan masa yang panjang untuk mempelajarinya. Semestinya ilmu ini perlu dipraktikkan untuk mengasahkan lagi kemahiran ini.

Mohd Amirul Hafip Bin Daim

Kursus ini banyak membantu saya terutama nya dalam bidang pendingin hawa. Dengan adanya kemahiran ini, saya bercadang untuk membuka perniagaan saya sendiri suatu hari nanti. Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya pihak CIPTA IMPAK TRAINING SDN BHD kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai program ini. Diharapkan program sebegini dapat dianjurkan lagi kelak.

Ismail Bin Bujang

Alhamdulillah, kursus kemahiran tersebut telah banyak membantu saya dalam mengetahui bagaimana cara kaedah penanaman menggunakan kaedah system fertigasi. Selain daripada menanam cili, sya mencuba menggunakan kaedash tersebut untuk buah-buahan & sayuran. Ilmu yang telah tenaga pengajar berikan amat bermanfaat bagi saya. Kini, saya boleh memulakan sesuatu yang baru bagi menjana pendapatan harian saya.

Zaleha Binti Bujang